We will be right with you.
Telephone | +603 6204 7788 |
Feedback Form | https://www.cimb.com.my/feedback.html#personal |
cru@cimb.com | |
Address | Customer Resolution Unit CIMB Bank Berhad PO Box 10338 GPO Kuala Lumpur 50710 Wilayah Persekutuan |
a. | maklumat peribadi termasuk butiran, imej dan biometrik anda untuk mewujudkan identiti dan latar belakang anda; |
b. | spesimen tandatangan, serta tandatangan digital atau elektronik seperti yang ditakrifkan di bawah undang-undang atau peraturan-peraturan yang terpakai; |
c. | maklumat peribadi untuk menubuhkan kedudukan kewangan anda, butiran pekerjaan, kepercayaan kredit dan/atau kesesuaian bagi mana-mana produk/perkhidmatan kami yang dipohon (jika diperlukan). |
d. | maklumat peribadi yang anda berikan apabila anda memohon mana-mana produk dan perkhidmatan kami, termasuk pandangan atau pendapat anda yang dimaklumkan kepada kami melalui maklum balas atau tinjauan; |
e. | maklumat berkenaan profil risiko, pelaburan, cukai dan insurans, objektif pelaburan, pengetahuan dan pengalaman dan/atau kepentingan perniagaan dan aset anda; |
f. | maklumat berkaitan dengan aktiviti, tabiat, pilihan dan minat anda yang didapati daripada penggunaan produk dan perkhidmatan Kumpulan CIMB, rakan kongsi atau vendor kami oleh anda; dan/atau |
g. | data elektronik atau maklumat lain yang berkaitan dengan anda seperti alamat IP, kuki, log aktiviti, pengecam dalam talian dan data lokasi melalui penggunaan produk dan perkhidmatan kami oleh anda atau sebagai sebahagian daripada penyampaian mereka kepada anda. |
a. | melalui hubungan anda dengan kami, contohnya maklumat yang diberikan oleh anda dalam borang permohonan, apabila anda mengendalikan akaun anda dan menggunakan produk atau perkhidmatan kami, apabila mengambil bahagian dalam tinjauan pelanggan, pertandingan dan promosi, dan semasa ulasan kewangan; |
b. | melalui komunikasi lisan dan bertulis anda dengan kami dan/atau ejen berkuasa kami melalui SMS, telefon atau peranti mudah alih, e-mel, faks, surat, laman web atau pelayar, media sosial dan/atau saluran komunikasi lain yang sesuai; |
c. | daripada analisis cara anda menggunakan dan mengurus akaun/kemudahan anda dengan kami, daripada transaksi yang anda buat dan dari pembayaran yang di buat ke/dari akaun/kemudahan anda; |
d. | daripada pihak ketiga yang berkaitan dengan anda, seperti majikan, pemegang akaun bersama, pembekal keselamatan, penjamin dan penanggung hutang, tertakluk kepada persetujuan anda terlebih dahulu; dan/atau |
e. | daripada sumber-sumber lain yang berkenaan yang anda telah memberikan persetujuan anda kepada mereka untuk mendedahkan maklumat yang berkaitan dengan anda dan/atau sebaliknya mereka tidak terhalang daripada mendedahkan maklumat tersebut. |
f. | dari rakaman Televisyen Litar Tertutup (CCTV) yang dipasang di premis kami; |
g. | daripada Jabatan Insolvensi Malaysia, pihak berkuasa kerajaan dan/atau agensi penguatkuasa undang-undang yang berkaitan untuk memastikan antara lain kedudukan kewangan semasa dan masa lalu; |
h. | daripada sumber-sumber lain (contohnya dari agensi pelaporan/rujukan kredit, termasuk tetapi tidak terhad kepada CCRIS, FIS dan/atau mana-mana biro atau agensi lain yang ditubuhkan atau bakal ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia atau mana-mana subsidiarinya, atau oleh pihak berkuasa lain dan/atau dari mana-mana institusi kewangan); |
i. | maklumat yang diterima daripada tuntutan insurans atau dokumen lain; dan/atau |
j. | daripada apa-apa maklumat yang dibekalkan dan/atau di kumpul apabila anda melawat laman web kami dan/atau memuat turun aplikasi peranti mudah alih kami yang mungkin termasuk alamat IP peranti anda atau daripada data yang dikumpulkan melalui kuki. |
a. | untuk menilai permohonan /permintaan anda untuk produk dan perkhidmatan kami; |
b. | untuk mengesahkan kedudukan kewangan anda; |
c. | untuk menjalankan pemeriksaan kredit (termasuk tetapi tidak terhad kepada pemohonan kredit dan semakan kredit secara berkala atau khas yang biasanya akan dilakukan sekali atau lebih setiap tahun) dan memperolehi atau menyediakan rujukan kredit; |
d. | untuk mengurus dan menyelenggara akaun dan kemudahan anda dengan kami; |
e. | untuk menguruskan perniagaan kami dan hubungan anda dengan kami dengan lebih baik; |
f. | untuk lebih memahami keperluan pelaburan semasa dan masa depan anda dan keadaan kewangan anda; |
g. | untuk memasarkan dan memberi anda maklumat mengenai produk kami dan/atau produk pihak ketiga yang terpilih, perkhidmatan, tawaran dan/atau peraduan yang mungkin menarik minat anda (di mana kami mungkin diberi atau tidak diberi ganjaran) termasuk tetapi tidak terhad kepada pengurusan kekayaan dan perkhidmatan dan produk yang berkaitan dan perkhidmatan dan produk yang ditawarkan oleh rakan kongsi penjenamaan bersama dan bancassurance (nama-nama rakan kongsi tersebut akan diberikan semasa permohonan perkhidmatan dan produk yang berkaitan) dan dalam hal ini, untuk menghubungi anda melalui khidmat sistem pesanan ringkas (“SMS”), telefon atau peranti mudah alih, e-mel, faks, surat, laman web atau pelayar, media sosial atau pesanan, secara peribadi dan/atau mana-mana saluran komunikasi lain yang sesuai; |
h. | untuk meningkatkan produk dan perkhidmatan kami dan untuk menguji, meneliti, menganalisis dan membangunkan produk baru /ciri-ciri baru produk dan/atau perkhidmatan baru; |
i. | untuk mengkaji bagaimana anda menggunakan produk dan/atau perkhidmatan tersebut (analisis untuk mempromosikan produk/perkhidmatan); |
j. | untuk memberitahu anda tentang faedah dan perubahan kepada ciri-ciri produk dan perkhidmatan; |
k. | untuk mentadbir tawaran, pertandingan dan promosi; |
l. | untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang disediakan atau ditadbir oleh ejen, sekutu, penyedia perkhidmatan, kontraktor (termasuk sub-kontraktor), pedagang dan rakan kongsi perniagaan kami kepada anda sebagai sebahagian daripada kemudahan dan faedah yang diberikan oleh kami; |
m. | untuk menjawab pertanyaan dan aduan anda dan untuk menyelesaikan pertikaian secara umum; |
n. | untuk mengemaskini, menyatukan dan meningkatkan ketepatan rekod kami; |
o. | untuk menghasilkan data, laporan dan statistik yang telah dianonimkan atau diagregatkan dengan cara yang tidak mengenal pasti anda sebagai individu; |
p. | untuk menjalankan penyelidikan untuk tujuan analisis termasuk tetapi tidak terhad kepada perlombongan data dan analisis transaksi anda dengan kami; |
q. | untuk memenuhi syarat pendedahan mana-mana undang-undang yang mengikat Kumpulan CIMB; |
r. | untuk mencipta dan mengekalkan model kredit, tingkah laku dan risiko yang berkaitan untuk kredit automatik atau penilaian kesesuaian dan/atau sebarang tujuan berkaitan dengan tujuan atau fungsi audit, pematuhan dan pengurusan risiko; |
s. | untuk menganalisis penilaian kredit dan tingkahlaku pembayaran balik anda sebagai sebahagian daripada proses pinjaman; |
t. | untuk menilai risiko kewangan dan insurans; |
u. | untuk memindahkan atau memperuntukkan hak, kepentingan dan kewajipan kami di bawah mana-mana perjanjian anda dengan kami; |
v. | untuk melindungi atau menguatkuasakan hak kami untuk mendapatkan sebarang hutang yang terhutang kepada kami; |
w. | untuk menjalankan pemeriksaan pencegahan pengubahan wang haram untuk pengesanan, pencegahan dan pendakwaan jenayah; |
x. | untuk mematuhi mana-mana kehendak sekatan atau penguatkuasaan undang-undang; |
y. | untuk menguatkuasakan dan/atau mempertahankan mana-mana hak kami; dan/atau |
z. | untuk sebarang tujuan lain yang dikehendaki atau dibenarkan oleh mana-mana undang-undang, peraturan, garis panduan dan/atau perintah oleh mana-mana mahkamah dan/atau pihak berkuasa kawal selia yang berkaitan. |
a. | entiti lain dalam Kumpulan CIMB, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; |
b. | syarikat dan/atau individu yang bertindak sebagai ejen, sekutu, penyedia perkhidmatan, kontraktor, pedagang, rakan kongsi perniagaan, peguam, pelelong, penilai dan/atau penasihat profesional kami (termasuk pekerja, pengarah, sub-kontraktor, penyedia perkhidmatan, ejen dan penasihat profesional daripada semua syarikat dan/atau individu yang disebutkan di atas); |
c. | syarikat dan/atau organisasi yang membantu kami dalam memproses dan/atau sebaliknya memenuhi transaksi yang anda minta; |
d. | syarikat dan/atau organisasi yang membantu kami dalam menyediakan perkhidmatan tambah nilai yang anda minta; |
e. | syarikat dan/atau organisasi yang menyediakan perkhidmatan kepada kami dalam menyampaikan atau memaklumkan maklumat tentang produk dan perkhidmatan kami kepada anda; |
f. | bank dan/atau institusi kewangan lain, agensi rujukan kredit, agensi pelaporan kredit yang berdaftar di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 atau biro kredit (termasuk yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia atau mana-mana subsidiarinya), mana-mana pihak berkuasa, depositori pusat atau ejen depositori berkaitan dengan industri sekuriti; pihak polis; mana-mana badan kerajaan atau pengawalselia dan pihak berkuasa atau badan yang lain, Cagamas Berhad dan/atau Credit Guarantee Corporation Berhad, mana-mana jabatan insolvensi dan ejen pengutip hutang yang dilantik oleh kami; |
g. | mana-mana individu lain di bawah kewajipan kerahsiaan kepada kami (termasuk mana-mana entiti dalam kumpulan korporat CIMB Group Holdings Berhad) yang telah berjanji untuk merahsiakan maklumat sulit tersebut; |
h. | mana-mana pemegang amanah, benefisiari, pentadbir atau pelaksana; |
i. | penasihat anda (termasuk tetapi tidak terhad kepada akauntan, juruaudit, peguam, penasihat kewangan atau penasihat profesional lain) yang diberi kuasa oleh anda; |
j. | mana-mana pihak lain yang anda telah memaklumkan kepada kami sebagai mempunyai kuasa untuk memberi arahan atau menggunakan akaun/kemudahan atau produk atau perkhidmatan bagi pihak anda; |
k. | mana-mana pihak ketiga akibat penyusunan semula kemudahan yang diberikan kepada anda atau penjualan hutang, atau pemerolehan atau penjualan mana-mana syarikat oleh Kumpulan CIMB, dengan syarat bahawa mana-mana penerima menggunakan maklumat anda untuk tujuan yang sama ia pada asalnya dibekalkan kepada kami dan/atau digunakan oleh kami; |
l. | mana-mana penjamin atau pemberi jaminan untuk kemudahan yang diberikan oleh kami kepada anda; |
m. | mana-mana pihak yang berhasrat untuk menyelesaikan apa-apa wang terhutang di bawah kemudahan yang disediakan oleh kami kepada anda; |
n. | mana-mana agensi penarafan, penanggung insurans atau broker insurans atau penyedia perlindungan kredit secara langsung atau tidak langsung; |
o. | mana-mana institusi kewangan, pedagang, VISA International Services Association, MasterCard International Incorporated dan persatuan kad lain yang berhubungan dengan mana-mana kad kredit dan/atau kad debit yang dikeluarkan kepada anda oleh kami; |
p. | perantara, koresponden dan ejen bank anda, rumah penjelasan, sistem penjelasan atau penyelesaian, rakan niaga pasaran dan mana-mana syarikat yang anda laksanakan perkhidmatan pelaburan melalui kami; |
q. | sebarang penguatkuasaan undang-undang, kerajaan, mahkamah, badan penyelesaian pertikaian dan badan pengawalseliaan termasuk Bank Negara Malaysia dan anggota atau parti yang dilantik oleh mereka; dan/atau |
r. | mana-mana pihak yang berkaitan dengan penguatkuasaan atau pemeliharaan mana-mana hak kami di bawah perjanjian anda dengan kami. |
a. | di mana anda telah memberi persetujuan nyata seperti yang dinyatakan dalam borang permohonan kami dan/atau berdasarkan persetujuan dan kebenaran oleh anda seperti yang terkandung dalam Notis Privasi ini dan/atau dalam Terma dan Syarat yang mentadbir produk dan perkhidmatan yang anda ada dengan kami; |
b. | di mana kami dikehendaki atau dibenarkan berbuat demikian oleh undang-undang; |
c. | apabila dikehendaki atau diberi kuasa oleh mana-mana perintah mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa, sama ada kerajaan atau separa-kerajaan yang mempunyai bidang kuasa ke atas Kumpulan CIMB; |
d. | di mana kami boleh memindahkan hak dan kewajipan menurut perjanjian kami dengan anda; dan/atau |
e. | di mana kami dikehendaki memenuhi kewajipan kami kepada mana-mana pihak berkuasa kawal selia yang berkaitan (sama ada di dalam atau di luar Malaysia). |
Nombor telefon | +603 6204 7788 |
Borang Maklum Balas | https://www.cimb.com.my/feedback.html#personal |
cru@cimb.com | |
Alamat | Jabatan Khidmat Pelanggan CIMB Bank Berhad P O Box 10338 GPO Kuala Lumpur 50710 Wilayah Persekutuan |